Thursday 19 August 2021

SOALAN LAZIM - FWD Kasih

  

 SOALAN 1 :

Bagaimana saya boleh membayar sumbangan untuk pelan ini ?

Anda boleh membayar sumbangan anda dengan menggunakan kad kredit atau debit anda.


SOALAN 2 :

Apakah produk ini patuh Syariah ?

Ya. Pelan ini patuh Syariah. Kami menggabungkan prinsip-prinsip Syariah seperti berikut :

Tabarru’: Derma untuk tujuan takaful di mana para peserta bersetuju untuk membantu satu sama lain dari segi kewangan.

Wakalah: Kontrak di mana peserta melantik Pengendali Takaful untuk mengurus dana risiko peserta dan bersetuju untuk memberi upah tertentu kepada Pengendali Takaful untuk perkhidmatan yang diberikan seperti yang telah dipersetujui.

Ju'alah: Ia adalah ganjaran kepada Pengendali Takaful di atas prestasi yang baik dalam menguruskan dana risiko peserta. Pengendali Takaful akan diberi 50% ganjaran daripada lebihan dana risiko peserta dan 50% selebihnya diagihkan kepada peserta yang layak.

Qard: Pinjaman tanpa faedah yang diberikan oleh Pengendali Takaful sekiranya dana risiko peserta mengalami defisit. Pinjaman tersebut perlu dibayar balik daripada lebihan dana risiko peserta yang akan datang.


SOALAN 3 :

Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan ?

Hanya dengan 3 langkah yang mudah anda boleh mengemukakan tuntutan anda :

▪ Isi borang tuntutan

▪ Kumpulkan semua dokumen sokongan yang anda perlukan

▪ Kirimkan borang anda dengan dokumen sokongan

Anda boleh melayari Halaman Tuntutan sekiranya ingin membuat sebarang tuntutan atau boleh mengemukakan tuntutan anda dengan log masuk ke myPortal di www.fwd.com.my/en/myportal/.



(SELEBIHNYA SOALAN LAZIM DISINI)



3 comments:

  1. Sis... saya nak tanya... adakah boleh dilakukan pemotongan gaji secara bulanan untuk pelan fwd kasih ini?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Selain bayar secara bulanan, atas faktor plan yg murah dan takut terlupa. Bolehkah penerima manfaat bayar terus utk tempoh 12 bulan?

    ReplyDelete